Wednesday 3 July 2013

Shahir Juara AF8 Terlibat Kemalangan, Nissan Fairlady Barunya Remuk Teruk!


Shahir terselamat dalam kemalangan jalan raya pada pukul 6.30 petang, Isnin di lebuh raya Bidor ke Sungkai semasa dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

PETALING JAYA: Kereta jenis Nissan Fairlady berwarna putih milik juara AF8, Ahmad Shahir Zawawi, 22, berpusing sebanyak lima kali sebelum merempuh pembahagi jalan di lebuh raya antara Bidor ke Sungkai, Perak.

Kemalangan pada pukul 6.30 petang, Isnin itu berlaku semasa penyanyi laguKebahagiaan Dalam Perpisahan itu dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya di Kampar, Perak ke Kuala Lumpur setelah menjalani penggambaran sebuah program terbitan Astro.

 

Menurut ibunya, Mahanum Osman, 45, tiada apa yang mampu diluahkan selain bersyukur ke hadrat Ilahi setelah mendengar berita anak sulungnya itu selamat daripada kemalangan tersebut.

Dia turut bersyukur kerana insiden berkenaan tidak melibatkan kenderaan dan orang lain. Katanya, kereta yang berharga sekitar RM180,000 itu baru dibeli oleh Shahir pada bulan Ramadan baru-baru ini.

 

Sebelum Kemalangan
 
Selepas Kemalangan
- See more at: http://perihalnegara.blogspot.com/2013/07/shahir-juara-af8-terlibat-kemalangan.html#sthash.S3jChlkO.dpuf

No comments:

Post a Comment