Wednesday, 26 June 2013

Ashraf Muslim Kecewa Isu Poligami


Ashraf Muslim Kecewa Di Palit Kontroversi Poligami | Sebulan lebih setelah mendiamkan diri, akhirnya Ashraf Muslim membuka mulut juga berhubung desas-desus poligami yang kecoh diperkatakan ketika awal bulan lalu.


Ashraf Muslim Kecewa Di Palit Kontroversi Poligami

Ashraf mengkui hanya mengambil sikap mendiamkan diri bagi menjaga hati banyak pihak, beliau lebih memilih untuk tidak mengulas lanjut soal itu.

Ashraf Muslim sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan menerusi sebuah akhbar, tidak menafikan dirinya ke mahkamah atas satu urusan, namun beliau tetap enggan mendedahkan urusan terbabit.

Tindakan Ashraf yang berterusan berahsia, bukan meredakan keadaan, sebaliknya satu demi satu cerita mula keluar termasuk identiti wanita yang bakal 'dikahwininya'.

Ketika ditemui pada majlis Seindah Ramadan TV3, semalam, Ashraf akui kecewa apabila cerita sensitif seperti itu terpalit ke atasnya.

"Soal poligami ini sangat sensitif. Bukan pada saya saja. Semua orang pun berpendapat macam itu.

"Tapi bukan hak saya untuk menghalang orang mengata atau bercerita apa pun," katanya.


Berhubung kenyataan dari wanita yang dikatakan bakal menjadi isterinya itu, Ashraf menafikan kenyataan tersebut keluar daripada wanita itu.

"Kenyataan yang keluar itu (di akhbar tempatan) bukan datang daripada seseorang itu (wanita yang didakwa bakal dikahwininya).

"Tidak ada siapa pun antara kami yang bagi kenyataan. Sama ada saya ke, isteri saya ke, siapa yang diperkatakan itu ke. Tidak ada," katanya.


Menurut Ashraf lagi, "kalau saya lawan (kenyataan balas) pun, macam-macam cerita juga akan jadi. Baik saya senyap dan bersabar. Lagi banyak saya cakap, lagi macam-macam spekulasi orang buat."

Menyentuh soal namanya yang tiba-tiba terpalit dengan kontroversi seumpama itu, Ashraf ada mempersoalkan apa salahnya sehingga timbul cerita seperti itu.

"Apa salah saya? Kenapa orang nak bercerita pasal saya? Ada yang cakap saya begini, isteri saya begitu.

"Bagi saya, saya kecewalah. Saya kecewa orang yang tak faham ini. Mungkin ada kepentingan atau mungkin kurang didikan agama," katanya.

Ashraf Muslim Kecewa Di Palit Kontroversi Poligami
Petikan Akhbar kontroversi Ashraf Muslim

No comments:

Post a Comment