19908_563961173642827_2112728516_n
Hujung minggu lepas telah berlangsungnya majlis pernikahan pelakon, Pierre Andre bersama pilihan hatinya yang juga seorang model, Nurhidayah atau lebih dikenali sebagai Yaya.
OHBULAN! difahamkan kisah mereka bermula apabila masing-masing bertegur sapa di laman sosial Facebook dua tahun lalu namun selepas itu mereka tidak berhubungan hinggalah bertemu semula pada Aidilfitri tahun lepas.
Walaupun cuma mengenali Yaya secara rapat dalam masa tiga bulan, Pierre terus yakin untuk menjadikan gadis itu sebagai isterinya dan mereka percaya pada cinta selepas berkahwin.
1011122_564082893630655_1667439499_n
melalui video majlis pernikahan mereka yang baru dimuat naik ke YouTube semalam, dapat dilihat betapa romantisnya Pierre berbicara soal cinta dan berjanji akan menjaga Yaya hingga akhir hayat.
Video itu juga menyaksikan beberapa rakan Pierre dalam industri seni seperti David Teo sekeluarga dan Kamal Adli turut hadir memeriahkan lagi majlis istimewa mereka.
Semoga perkahwinan mereka yang baru terbina ini kekal selamanya. Jom saksikan suasana sekitar majlis pernikahan Pierre dan Yaya yang berjaya dirakam oleh AnakWayang AW dalam bentuk video.
Di sini juga OHBULAN! sertakan beberapa keping gambar pasangan pengantin baru ini untuk tatapan anda. Semoga terhibur!