Assalamualaikum semua dan salam sejahtera. Pada 8 hari bulan yang lalu,
Malaysia dikejutkan dengan kes buli seorang remaja lelaki yang
dipercayai ketua tingkatan dibuli tiga orang remaja lain dengan kejam.
Kali ini pula seorang remaja perempuan dibuli dengan tiada belas kasihan
oleh dua remaja yang lain. Yang sedihnya, salah seorang pembuli itu
memakai tudung tetapi tetapi membuli saudara Islam sendiri. Yang dibuli
itu disepak, ditampar, diguting rambutnya sehingga menyebabkan yang
dibuli itu luka. Dimanakah sifat kasihan sesama insan di dalam remaja
ini ?
Tambahan pula terdapat seorang remaja lelaki di dalam klip video ini yang hanya menyaksikan kejadian itu.
Kepada sesiapa yang mempunyai informasi tentang kejadian ini sila
lapurkan kepada pihak Polis. Biar mereka dikenakan hukuman yang setimpal
seperti kes baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment