Friday, 28 June 2013

Nora Danish berlatih Kick Boxing




Mempelajari seni mempertahankan diri, seni beladiri atau "martial art" menjadi suatu aktiviti sampingan yang penting pada masa kini. Lebih-lebih lagi apabila masyarakat sering dikhabarkan di media massa berkenaan kes jenayah terutamanya yang melibatkan wanita.  

Malah penglibatan saya dalam dunia martial art ini juga dipengaruhi oleh beberapa perkara iaitu antaranya ialah kejadian saya diperas-ugut oleh sekumpulan lelaki di laluan tepian sungai di Masjid Jamek, Kuala Lumpur.  Lantas, selepas kejadian itu, terbuka hati saya untuk mendaftarkan diri dalam Kelab Tae Kwon Do, Institut Teknologi Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur,Jalan Pahang Barat (ITTAR KL). Saya juga meminati drama dan filem-filem silat, kung fu dan lain-lain jenis martial art terutamanya filem yang dilakonkan dan diarahkan oleh mendiang Bruce Lee.  

Sewaktu tamat pelajaran di dalam jurusan Diploma Teknologi Maklumat di ITTAR KL, saya menjalani latihan industri di syarikat Jalur Citranusa (M) Sdn Bhd, iaitu syarikat yang menerbitkan majalah Seni Beladiri.  Di sini, minat dan pengetahuan saya dalam dunia seni beladiri semakin bertambah dengan peluang saya berjumpa dengan tokoh-tokoh terkenal dalam dunia persilatan dan seni yang lain.

Kini penglibatan artis dalam dunia seni beladiri semakin bertambah.  Salah seorang artis yang mengisi masa lapangnya dengan kegiatan ini ialah Nora Danish. Selain dari melatih diri dengan gerakkan beladiri tertentu yang dijadikan sebagai riadah, berlatih seni beladiri juga boleh menjadi tempat "melepaskan geram" oleh para artis.  Segala tekanan kerja boleh dibuang dan disalurkan melalui tumbukan dan tendangan.

Di bawah ini saya sediakan video yang menunjukkan artis kecil molek, Nora Danish dengan tekun dan giat berlatih seni mempertahankan diri "kick boxing".  Video ini dimuat-naik oleh Desperado Des di laman perkongsian video YouTube :

No comments:

Post a Comment