Ditulis Pada April 12th, 2013 | Oleh | Kategori
Bagaimanapun, Sofian Iskandar yang mengalami pendarahan teruk di
bahagian leher terpaksa dikejarkan ke Hospital Mersing menaiki bot
ambulans dan disahkan meninggal dunia di hospital itu pada jam 1.40
tengah hari. Nor Fatihah berkata, sebaik saja suaminya itu sampai di
rumah, dia terkejut apabila pakaian Sofian berlumuran darah sambil
kedua-dua tangannya menutupi leher akibat kesakitan dialami.
“Saya baru hendak tidur, kemudian dikejutkan sepupu yang memberitahu
suami pulang dalam keadaan berlumuran darah dan mengerang
kesakitan. Saya terus melulu ke arah suami dan membalut lehernya dengan
tuala, tetapi darah masih keluar menyebabkan saya terpaksa meminta
bantuan orang kampung menghantarnya ke Klinik Kesihatan Kampung Tekek,”
katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Nor Fatihah, suaminya itu tidak banyak bercakap selain hanya
mampu beristighfar dan mengucap sepanjang perjalanan menaiki bot ke
klinik kesihatan itu.
“Dalam keadaan hujan, saya gagahkan diri meminta bantuan orang kampung
untuk menghantar suami ke klinik kesihatan agar dia dapat dirawat segera
memandangkan darah di leher mengalir semakin banyak,” katanya. Nor
Fatihah berkata, bagaimanapun, suaminya diarah untuk mendapatkan rawatan
lanjut di Hospital Mersing memandangkan kecederaan yang dialaminya
serius.
“Hanya doa saja yang dapat saya lakukan ketika itu, selain berharap
supaya suami kembali sembuh, apatah lagi melihat keadaannya yang tidak
bermaya seolah-olah seperti ayam baru kena sembelih,”
katanya. Bagaimanapun, katanya, dia reda apabila doktor mengesahkan
suaminya tidak dapat diselamatkan selepas mengalami pendarahan yang
teruk.
“Saya terima ketentuan Ilahi kerana ajalnya sudah tiba. Saya hanya mampu
berdoa dan berusaha, kerana semua itu atas kehendak-Nya. Saya pun rasa
pelik, kerana arwah tidak banyak bercakap dan suka menyendiri, mungkin
itu tanda dia akan meninggalkan kami selama-lamanya,” katanya. Dalam
pada itu, Jenazah Sofian Iskandar dituntut keluarganya untuk dibawa ke
Pulau Tioman dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Salang,
selepas Isyak
No comments:
Post a Comment