Indeks Pencemar Udara (IPU) pada jam 5 petang 24 Jun 2013 menunjukkan tanda-tanda positif di negeri-negeri selatan Semenanjung Malaysia tetapi tidak di Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan bahagian-bahagian negeri-negeri utara di mana keadaannya bertambah buruk.
Muar, yang mencatatkan IPU melebihi 700 pagi semalam, kini berada di IPU 125. Kota Tinggi dan Pasir Gudang, yang telah mengalami kualiti udara yang teruk minggu lepas, mencatatkan IPU yang baik sekitar 74-83 sepanjang hari.
Melaka juga menunjukkan tanda-tanda pemulihan, dimana Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai yang hanya mencatatkan IPU serendah 128 pada pukul 5 petang berbanding 260 pagi ini.
Malangnya, Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan sebahagian daripada negeri-negeri utara keadaan berlaku sebaliknya. Banting, Kuala Selangor, Pelabuhan Klang, Petaling Jaya dan Shah Alam mencatatkan IPU antara 157 dan 319 pada pukul 5 petang hari ini.
Putrajaya, Cheras dan Batu Muda pula mencatatkan bacaan IPU antara 156 dan 189.
Satu lagi tanda membimbangkan ialah jerebu boleh menjejaskan Malaysia Timur tidak lama lagi. Bacaan pada pukul 11 pagi dan 5 petang hari ini menunjukkan IPU di Sibu, Sarawak adalah di antara 102 dan 106.
CARA SEMAK INDEK PENCEMARAN UDARA TERKINI DI MALAYSIA DI SINI
Follow us: @rossacalla on Twitter | PerlingPutih on Facebook
Mari lihat antara paparan foto Jerebu teruk di Lembah Kelang hari ini. Gambar sumber ABN news
Putrajaya |
Shah Alam |
Shah Alam |
Bandaraya KL |
Bandaraya KL |
No comments:
Post a Comment