GOMBAK: Seorang wanita berusia 30
tahun yang datang ke ibu kota sendirian untuk mencari pekerjaan ibarat
dihumban ke neraka oleh seorang lelaki baru dikenali yang sebelum itu
berpura-pura mahu memberikan bantuan.
Selepas berkenalan dengan lelaki itu, mangsa yang dari sebuah negeri di
selatan tanah air dibawa ke sebuah rumah di Taman Sri Gombak di sini,
sebelum dikurung dan dipaksa melayani nafsu buas 14 lelaki sejak dua
minggu lalu.
Sumber polis berkata, mangsa yang mengaku tidak mempunyai saudara serta kenalan di ibu negara, berkenalan dengan suspek berusia 30-an, di sebuah stesen minyak di Taman Sri Gombak, kira-kira jam 10 malam, pertengahan bulan lalu. Menurutnya, ketika itu mangsa meminta suspek memberinya sedikit makanan kerana dia tidak mempunyai wang dan suspek menunjukkan simpati dengan berjanji memberikan pertolongan termasuk peluang bekerja.
“Mangsa bersetuju mengikut suspek ke sebuah rumah di kawasan perumahan
sama, namun sebaik tiba di situ, dia dirogol beberapa kali oleh suspek.
“Malah, suspek terus mengurungnya di rumah itu selama dua minggu dan dalam tempoh itu, suspek memaksa mangsa memberi khidmat seks kepada kenalannya dan mengambil bayaran antara RM100 hingga RM200 untuk sekali perkhidmatan,” katanya.
Sumber itu berkata, mangsa terpaksa akur kerana dia akan dipukul jika melawan atau enggan mengikut arahan.
“Malah mangsa juga hanya diberi makanan dan minuman selepas melayani
nafsu lelaki yang melangganinya. Sepanjang tempoh dikurung, mangsa
mendakwa dia terpaksa melayani 14 lelaki,” katanya.
Menurutnya, penderitaan wanita itu bagaimanapun berakhir apabila dia berjaya meloloskan diri dari rumah berkenaan ketika suspek tertidur kira-kira jam 9 pagi kelmarin.
“Sebaik bebas, mangsa terus mendapatkan bantuan anggota polis yang
melakukan rondaan di kawasan berkenaan. Hasil tindakan pantas, polis
segera menyerbu rumah mangsa dikurung dan menahan dua lelaki untuk
membantu siasatan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan penahanan kedua-dua lelaki terbabit yang direman sehingga 6 Januari ini.
Menurutnya, polis masih memburu beberapa suspek lain yang masih bebas
No comments:
Post a Comment