KUALA LUMPUR:
"Duit saya sudah habis, tidak dapat balik rumah, sebab itu terpaksa
tidur dengan kakak," kata seorang remaja lelaki mengaku berusia 13 tahun
yang dicekup ketika berdua-duaan bersama seorang gadis yang didakwa
saudara kandung dalam bilik sebuah hotel bajet di ibu negara, awal pagi
tadi.
Bagaimanapun
ketika ditanya penguat kuasa, remaja berkenaan menukar pula kenyataannya
dengan mengatakan gadis berusia 20 tahun itu adalah teman wanita
abangnya dan mereka terpaksa tidur bersama kerana tidak dapat
menghubungi keluarga.
Pasangan
berkenaan antara 10 yang ditahan dalam operasi cegah maksiat sempena
hari kekasih yang dijalankan penguat kuasa Jabatan Agama Wilayah
Persekutuan (Jawi) di sekitar ibu kota bermula jam 11 malam semalam
sehingga 5 pagi tadi.
Kesemua yang
ditahan berusia 13 hingga 50 tahun dan disiasat di bawah Akta Kesalahan
Jenayah Syariah 1997 yang membawa hukuman denda dan penjara jika sabit
kesalahan.
Selain
pemeriksaan hotel bajet, 60 penguat kuasa Jawi turut melakukan rondaan
di sekitar Taman Tasik Titiwangsa dan mengeluarkan notis hadir untuk
sesi kaunseling kepada tiga pasangan yang didapati berkelakuan tidak
sopan di khalayak ramai.
Operasi diketuai
Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi, Wan Jaafar Wan Ahmad dan Pegawai
Perhubungan Awam Kanan, Tuan Asmawi Tuan Umar.
Sumber - Harian Metro
No comments:
Post a Comment