Akibat
tindakan suami menegur sekumpulan remaja yang gemar melepak di kawasan
perumahan di Jalan Semarak di sini, menyebabkan isterinya dibogel
sebelum gambarnya dirakam selain disamun wang tunai dan barangan kemas
bernilai kira-kira RM10,000, pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa yang mahu dikenali
sebagai Siti, 32, sedang tidur di dalam biliknya manakala suaminya pula
keluar berjumpa rakan.
Katanya,
tiba-tiba dia terjaga sebaik terdengar bunyi cermin depan rumah dan
pintu dipecahkan. Apabila keluar dari bilik, dia ternampak sekumpulan
lima lelaki yang sering melepak di kawasan perumahannya berada di dalam
rumah manakala tiga lagi berkawal di luar.
Menurutnya, selepas mereka ternampak dia berseorangan, dua daripada
lelaki terbabit menyerangnya dengan topi keledar menyebabkannya separuh
sedar.
“Tidak cukup
dengan itu, saya turut dilibas dengan parang, namun sempat mengelak.
Bagaimanapun, akibat ditumbuk, saya menjadi pening dan dalam keadaan
separuh sedar itu, mereka membogelkan saya sebelum merakam gambar bogel
selain cuba merogol saya.
“Saya melarikan diri meminta tolong dengan jiran dan bernasib baik, jiran sebelah terdengar jeritan saya dan membenarkan saya berlindung di dalam rumahnya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.
Beliau berkata, kumpulan lelaki itu mengejarnya hingga ke rumah jiran
dan apabila jiran enggan membuka pintu seperti diarahkan mereka,
motosikal dan cermin rumah jirannya dipecahkan.
Siti berkata,
kumpulan itu tidak meninggalkan rumahnya begitu saja sebaliknya
melarikan barang kemas, telefon bimbit pintar, iPad, dan wang yang
disimpan di dalam tabung bernilai kira-kira RM10,000.
“Mereka turut mengugut akan menyebarkan gambar bogel saya di Internet
sekiranya membuat laporan polis dan saya percaya kejadian ini berpunca
daripada tindakan suami saya menegur kumpulan itu yang sering mengacau
penduduk selepas mengambil minuman keras.
“Dengan bantuan jiran, saya membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak,” katanya.
Sementara
itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika
dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan
siasatan lanjut sedang dijalankan.
No comments:
Post a Comment