Astaghfirullah Al Azim.... BB Mengucap Panjang-panjang selepas melihat
video ini. Bergaduh sampai tak ingat dunia sampai menampakkan benda yang
tak sepatutnya. Laungan Azan yang berkumandang langsung tidak dihirau,
apatah lagi dihormati. Dan kalau melihat kepada tarikh video ini di
upload, nampaknya peristiwa ini macam masih baru berlaku.
Dan sebagai seorang yang bergelar seorang bapa, BB amat sedih dengan apa
yang berlaku. Adakah fenomena buli, gengsterisme dan bergaduh seperti
ini semakin menjadi ikutan atau amalan di sekolah-sekolah!!
Apa yang lebih menyedihkan, terdapat pula segelintir pelajar yang lain seolah-olah mengambil "kesempatan" di atas pergaduhan ini dengan mengambil gambar atau video menggunakan telefon bimbit mereka. Bukan seorang, tetapi tiga orang. Apa dah Jadi?
BB bukan hendak mencari salah siapa dalam fenomena ini, tetapi semua pihak samada ibu bapa, pihak sekolah seperti guru atau warden dan rakan sebaya memainkan peranan penting bagi mengelak perkara ini daripada terus berlaku atau menjadi lebih teruk!!!

Sama-sama kita renungkan dan menilai kembali norma-norma kehidupan yang
ada dalam masyarakat kita ketika ini. Bukan bermakna perkara ini tidak
berlaku pada masa dulu, tetapi dengan adanya telefon bimbit ini, ia
telah disalahgunakan.
Apakah pelajar-pelajar ini sebenarnya hanya mahukan populariti dengan
menayangkan "pergaduhan" mereka di media sosial seperti facebook atau
youtube?
Atau adakah sebab lain yang mendorong mereka? sama-sama kita fikirkan........
No comments:
Post a Comment