Seorang penganggur dihukum penjara 12 bulan dan satu sebatan di sini
hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mencabul adik
kandungnya minggu lepas.
Majistret Erry Shahriman Nor Aripin memerintahkan lelaki berusia 22
tahun itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap 10
April lepas.
Sebelum menjatuhkan hukuman, Erry Shahriman sempat menasihatkan tertuduh
supaya menjadi orang berguna yang dapat membantu keluarga.
Gambar Hiasan
"Sebagai abang sulung, kamu patut membantu keluarga dan menjaga
adik-beradik dengan baik...kamu muda lagi dan adik kamu pun baru berusia
17 tahun dan dia juga ada masa depan.
Saya harap kamu dapat kotakan janji untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama," kata Erry Shahriman.
Tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap gadis berusia 17
tahun 10 bulan dengan niat hendak mencabul kehormatannya di dalam bilik
rumah mereka di Salak Selatan, Cheras di sini pada 3 petang, 9 April
lepas.
Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun
Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau
denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit
kesalahan.
Mengikut fakta kes, semasa mangsa tidur di dalam bilik, tertuduh telah
mengetuk pintu dan apabila pintu bilik dibuka, tertuduh terus masuk dan
menolak mangsa sehingga terbaring di atas katil sebelum menindih dan
mencabulnya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kee Wei Lon. - Bernama
No comments:
Post a Comment