Pelajar berusia 16 tahun ini dicekup berkhalwat selepas menyambut ulang
tahun pertama perkenalan dengan teman lelakinya, awal pagi semalam.
Dalam serbuan kira-kira jam 3.10 pagi itu, gadis berusia 16 tahun itu
didapati sedang tidur bersama teman lelakinya berusia 18 tahun tanpa
seurat benang dipercayai baru selesai mengadakan hubungan seks.
Difahamkan, pasangan terbabit yang saling mengenali antara satu sama
lain sejak setahun lalu mengakui sering datang ke hotel berkenaan dan
akan mengadakan hubungan seks setiap kali berjumpa.
Pelajar tingkatan empat ini sanggup menipu ibu sendiri dengan menyuruh
menghantarnya ke sebuah restoran makanan segera di bandar ini dan
memberi alasan mahu berjumpa dan bermalam di rumah rakan baiknya.
Dia sebenarnya berjumpa dengan teman lelakinya yang berasal dari Seri
Menanti, Muar di restoran berkenaan sebelum ke hotel bajet untuk
meraikan ulang tahun perkenalan mereka.
Bagaimanapun, gadis berasal dari Bukit Kepong, Muar itu akhirnya dicekup
berkhalwat bersama teman lelakinya itu, awal pagi semalam.
Difahamkan, kedua-dua pasangan kekasih itu sering menjadikan hotel bajet
terbabit lokasi memadu kasih bagi menyambut ulang tahun perkenalan
pertama mereka.
Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, serbuan itu dilakukan oleh
sepasukan Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) adalah
berdasarkan aduan awam.
“Penguat kuasa menunggu kira-kira lima minit sebelum remaja perempuan
yang hanya membaluti dirinya dengan tuala membuka pintu dan membenarkan
pemeriksaan dijalankan.
“Pemeriksaan lanjut dalam bilik menemui seorang remaja lelaki tanpa
pakaian sedang tidur di atas katil,” katanya kepada Sinar Harian, di
sini, semalam.
Pasangan itu ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan
sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.
“Mereka dibawa ke Balai Polis Tangkak untuk dibuat laporan tangkapan
sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan
jaminan keluarga masing-masing.
“Mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen
Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak
melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika
sabit kesalahan,” kata Sulaiman.
No comments:
Post a Comment